Saturday, August 11, 2012

Masa Terbaik Admit Hospital

Untuk sesiapa yang pertama kali pregnant,mesti tertanya-tanya bila masa sesuai untuk admit hospital untuk deliver baby kan..(same mcm Teh la)..Ape yang Teh dapat info dari Dr,masa sesuai ialah biler kita rase sakit or contraction every minutes.Untuk confirmkan adakah itu adalah sakit nak bersalin,take note setiap 5 minit sakit tu datang dengan kerap.Walaupun masa tu air ketuban belum pecah,Dr nasihatkan terus pergi hospital untuk elakkan sebarang kemungkinan buruk.Tanda seterusnya,adalah bila air ketuban tu pecah.Air ketuban ni macam air yang banyak keluar dari faraj kita,tapi tiada bau.Ada yang mengatakan air ketuban ni kadang2 keluar berselang dengan sedikit darah.Anyway untuk lebih mudah,kalau dah keluar air yang bnyak lebih kurang cam air hujan tu,teruslah anda ke hospital untuk elak baby lemas.Kalau dari segi pengalaman kawan2 & saudara yang Teh tanya,tanda2 awal anda nak deliver adalah akan rasa macam nak membuang air besar yang kerap.Hal ini kerana contraction baby akan menyebabkan usus kita ditekan.Kalau itu terjadi,so bersiap2 la untuk admit hospital Ok..  

Jangan lupa tips persediaan untuk admit hospital :
  • Rasa sakit (contraction) setiap 5 minit.
  • Air ketuban pecah.
  • Rasa sakit memulas ingin membuang air besar yang kerap. 
   

Thursday, August 9, 2012

Labor Time ..waiting

Hari nie Teh pegi checkup dengan hubby.Sangat la lamer menunggu,rupe2nyer ada orang sudah salah letak no giliran pada kad pink Teh.tak pasal2 kene bebel dengan nurse.Tapi last2 baru tau kesilapan nurse yang check buku pink kat registration counter..Anyway tak kisah la,jarang2 jadi kan.So,hari ni Dr scan my belly,baby Teh sangat aktif katenyer so its better for my baby.Dr jugak kata yang kepala baby Teh dah engage.So, anytime je Teh akan deliver.Sebak lak rasenyer biler Dr bagitau tadi.Dah tak lamer dah penantian Teh & hubby.Semoga Allah melancarkan proses bersalin Teh nanti.Amin..
 

Tuesday, August 7, 2012

Menunggu orang baru

Sedar tak sedar,dah hampir 8 bln teh pregnant.Tak sabar rasenyer menunggu kehadiran orang baru dlm keluarga Teh.Gementar pon ada jugak,sbb tak pernah melalui saat2 bersalin.Moga2 tak ada sebarang masalah during labor nnt.Walaupun jantina baby Teh x dapat dikenalpasti sbb my baby nie quite 'SHY' masa doctor scan,tapi Teh & husband just berserah pada Allah.Asalkan our baby sihat dan takde masalah yang ada during labor.Ramai orang kata bler bersalin ni sakit,tapi takkan la Allah mudah2 nak bagi syurga tu di bawah tapak kaki ibu kan..So,its a special case la.Persediaan dah dibuat untuk menunggu saat kelahiran baby kami.My hubby cukup consent about our baby's stuff.Banyak kali dia ingatkan,"Yang beg baby kena bawak g mane2,buku pink pon jgn lupe latak dlm beg"..hehe..tapi Teh selalu lupe nak bawak buku pink tu..dah kene bebel.teh decided nak bersalin kat Hospital Serdang je sebab lebih dekat dari Hospital Putrajaya.Lagipun pusat kesihatan tempat Teh buat Medcheck pon suggest bersalin kat situ je.Mane2 pon same je layanan dia kan (hopefully..)..So,for new mama ape yang perlu anda ambil perhatian semasa menunggu saat kelahiran baby anda adalah :
  1. Sediakan beg pakaian baby dan semua kelengkapan lain(baju,mandian,pampers,blanket)
  2. Sediakan beg lain yang mengandungi pakaian untuk anda balik dari hospital(kain sarung,baju,towel).
  3. Paling penting,jangan lupa bawa buku 'Pink' yang anda guna untuk Medcheck. 
  4. My mom jugak pesan jangan lupa bawa sijil nikah(bawak je la,just in case).