Monday, August 13, 2012

Khasiat Minyak Kelapa Dara


Khasiat minyak kelapa dara untuk ibu yang sedang mengandung adalah dapat memudahkan proses bersalin nanti.Kalau ikut petua orang dulu2 pulak macam Mama Teh,dia amalkan minum minyak masak masa dia ngandungkan kami dulu.So,memang sesuai la khasiat minyak kelapa dara tu ibu yang sedang tunggu masa bersalin.Banyak jenama minyak kelapa dara yang ada kat pasaran.Kalau Teh,minyak kelapa dara jenama Dr Azimuth.harga pun tak mahal sangat RM30 je.Rasa minyak ni tak lah sedap pon,tapi memikirkan khasiatnya tu terpaksa telan la jugak.Ia jugak baik untuk sistem badan kita dan juga untuk kulit.Kalau penggunaan masa nak bersalin nanti,minyak ni boleh disapu di bahagian sulit kita nanti bagi mengurangkan luka yang teruk masa bersalin nanti.Sepatutnya amalan minum minyak ni sesuai ketika 4-6 minggu tarikh kita due.Tapi macam Teh mula minum pun tak sampai 4 minggu dari tarikh due.Tapi takpa,asalkan Teh pun dah start minum minyak ni.Semoga Allah mudahkan proses bersalin nanti.Amin..

 

Saturday, August 11, 2012

Best position during labor

Teh lebih suka bertanya pengalaman bersalin dengan kenalan2 & saudara.Lebih praktikal berbanding dengan baca buku.Tapi dengan buku atau majalah juga boleh berikan info kepada kita tentang persediaan menghadapi saat untuk deliver baby.Dari pengalaman yang diceritakan oleh makcik Teh,saat dia nak deliver sangat la cepat.Siap sempat naik motor lagi untuk ke hospital.Apa yang diceritakan oleh makcik Teh,masa kita baring atas katil tu,minta nurse tinggikan tempat sandar.Ini untuk mudahkan kita meneran sebab kalau dalam keadaan berbaring biasa,tenaga kita tak cukup untuk nak teran.Bila dalam keadaan belakang kita agak tegak,akan memudahkan kita meneran nanti..dalam erti kata lain kuat la sikit kita nak teran nanti.Yang keduanya,masa Dr da suruh kita teran terus teran dengan sekuat hati.Kalau boleh jangan teran tersekat-sekat dikhuatiri baby akan 'tersucked' masuk balik (maaf yer bahasa rojak)..Untuk tenaga tambahan tangan pegang atau tarik keting kita sekuat hati..Yang paling penting sekali,jangan angkat punggung untuk elakkan vagina kita terkoyak sampai ke belakang.Sangat bahaya kalau hal ni terjadi.Satu lagi ingatan,kalau kita dah rasa baby betul2 dah nak keluar jangan takut bagitau Dr yang kita nak teran.Tak semestinya kita tunggu 'Q' dari Dr untu teran OK..
So tipsnya :
  • Tinggikan tempat sandar anda.
  • Teran 'one shot ',jangan tersekat-sekat (praktis pernafasan kat rumah yer)
  • Pegang keting sekuat hati.
  • Jangan angkat punggung untuk elakkan kecederaan yang teruk.
 

Masa Terbaik Admit Hospital

Untuk sesiapa yang pertama kali pregnant,mesti tertanya-tanya bila masa sesuai untuk admit hospital untuk deliver baby kan..(same mcm Teh la)..Ape yang Teh dapat info dari Dr,masa sesuai ialah biler kita rase sakit or contraction every minutes.Untuk confirmkan adakah itu adalah sakit nak bersalin,take note setiap 5 minit sakit tu datang dengan kerap.Walaupun masa tu air ketuban belum pecah,Dr nasihatkan terus pergi hospital untuk elakkan sebarang kemungkinan buruk.Tanda seterusnya,adalah bila air ketuban tu pecah.Air ketuban ni macam air yang banyak keluar dari faraj kita,tapi tiada bau.Ada yang mengatakan air ketuban ni kadang2 keluar berselang dengan sedikit darah.Anyway untuk lebih mudah,kalau dah keluar air yang bnyak lebih kurang cam air hujan tu,teruslah anda ke hospital untuk elak baby lemas.Kalau dari segi pengalaman kawan2 & saudara yang Teh tanya,tanda2 awal anda nak deliver adalah akan rasa macam nak membuang air besar yang kerap.Hal ini kerana contraction baby akan menyebabkan usus kita ditekan.Kalau itu terjadi,so bersiap2 la untuk admit hospital Ok..  

Jangan lupa tips persediaan untuk admit hospital :
  • Rasa sakit (contraction) setiap 5 minit.
  • Air ketuban pecah.
  • Rasa sakit memulas ingin membuang air besar yang kerap.