Buat masa sekarang cincin kahwin perempuan dah beli 2 bulan lepas.Tinggal cincin kahwin lelaki jer belum beli lagi.Susah jugak nak cari cincin kahwin untuk bakal suami Teh,memandangkan dia taknak cincin yang ada permata.Kebanyakan kedai yang ada jual cincin lelaki,semuanya cincin 'white gold'.Bila da sebut 'gold' means 'emas',kan haram untuk lelaki Islam pakai emas.So Teh survey kat kedai silver lak,kebanyakan cincin yang ada permata.Last2 kami decide nak tempah cincin 'stainless steel'.Ada satu kedai yang jual cincin nie kat Sunway Pyramid.Actually bukanlah kedai,cume booth jer tapi cantek2 cincin2 yang ada kat booth tu.Nama kedai tu Ringz World,siap ada service untuk 'engrave' lagi.Kalau nak tengok katalog bole la ke laman web www.thedotz.com.Boleh beli online kalau sape2 tak tau kat mane kedai nie,maklum lah Sunway Pyramid ni besar.Tapi kalau yang nak cari kedai nie,booth dia terletak berhadapan kedai 'DAISO' kedai peralatan Jepun.Teh baru plan nak pegi beli cincin ni esok.So cincin yang ada just cincin merisik merangkap cincin tunang & cincin nikah perempuan je la dulu.
No comments:
Post a Comment