Monday, September 16, 2013

Poor my baby::chicken pox..

Kesian my baby..kena demam campak..selalu fatin sangat cergas.once kena campak terus terkulai mama tgk..sabar iye syg..esk lusa baik la nanti..

Wednesday, September 12, 2012

Baby arrived






Setelah ramai yang bertanya bila baby nak keluar,akhirnya Alhamdulillah pada pukul 3.30 pg 7 September 2012 Teh selamat melahirkan Nur Asma Fatin Hanina binti Asmizi di Hospital Kajang.Tarikh sepatutnya due adalah pada 8 September 2012.Sepatutnya Teh bersalin di Hospital Serdang tapi dihantar ke Hospital Kajang sebab kat Serdang penuh.Lebih kurang kol 6 Teh dihantar ke Hospital Kajang.Teh masuk labor room jam 11.45 malam.After melalui kesakitan yang lama setelah air ketuban Dr.pecahkan,Dr.bantu untuk bukaan jalan rahim siap guna minyak masak lagi sebab baby tak boleh nak meluncur keluar.Kol 3.30pg barulah Teh selamat lahirkan baby seberat 3.1kg.Tapi disebabkan baby terlalu lama dalam perut,dia dah tertelan najis.Dr.terpaksa refer baby ke pakar kanak2,masa tu tuhan je tahu risaunya hati Teh..tapi lebih kurang jam 4.30pg baby teh dihantar pada Teh lepas dah disedut najis yang baby dah telan.Alhamdulillah..Husband Teh dapat tahu Teh dah selamat bersalin jam 6.00pg lepas teh yang sms dia.Sangka kami Hospital Kajang akan panggil husband masuk labour room tapi tak rupenye.Jam 6.30pg barulah Teh & baby dihantar ke wad.
 

Friday, August 24, 2012

Masih Menunggu

Teh masih menunggu hari untuk bersalin.Setiap malam memang tak lena tidur sebab perut dok mengeras jek..hai baby cepat la kuar sayang..sian kat mama..Bila perut mula mengeras tu mula la hati ni risau sebab Dr kata tu antara tanda2 nak bersalin..tapi tak juga rasa nak bersalin..kena sabar menunggu nampaknya.Ingatkan boleh beraya bertiga tahun ni,tapi nak buat macamana baby nak rileks dulu..haha..Its oK,mama akan tunggu la baby kuar..da tak lamer dah..bukan mama jer,tapi semua family kiter menunggu..

Monday, August 13, 2012

Khasiat Minyak Kelapa Dara


Khasiat minyak kelapa dara untuk ibu yang sedang mengandung adalah dapat memudahkan proses bersalin nanti.Kalau ikut petua orang dulu2 pulak macam Mama Teh,dia amalkan minum minyak masak masa dia ngandungkan kami dulu.So,memang sesuai la khasiat minyak kelapa dara tu ibu yang sedang tunggu masa bersalin.Banyak jenama minyak kelapa dara yang ada kat pasaran.Kalau Teh,minyak kelapa dara jenama Dr Azimuth.harga pun tak mahal sangat RM30 je.Rasa minyak ni tak lah sedap pon,tapi memikirkan khasiatnya tu terpaksa telan la jugak.Ia jugak baik untuk sistem badan kita dan juga untuk kulit.Kalau penggunaan masa nak bersalin nanti,minyak ni boleh disapu di bahagian sulit kita nanti bagi mengurangkan luka yang teruk masa bersalin nanti.Sepatutnya amalan minum minyak ni sesuai ketika 4-6 minggu tarikh kita due.Tapi macam Teh mula minum pun tak sampai 4 minggu dari tarikh due.Tapi takpa,asalkan Teh pun dah start minum minyak ni.Semoga Allah mudahkan proses bersalin nanti.Amin..

 

Saturday, August 11, 2012

Best position during labor

Teh lebih suka bertanya pengalaman bersalin dengan kenalan2 & saudara.Lebih praktikal berbanding dengan baca buku.Tapi dengan buku atau majalah juga boleh berikan info kepada kita tentang persediaan menghadapi saat untuk deliver baby.Dari pengalaman yang diceritakan oleh makcik Teh,saat dia nak deliver sangat la cepat.Siap sempat naik motor lagi untuk ke hospital.Apa yang diceritakan oleh makcik Teh,masa kita baring atas katil tu,minta nurse tinggikan tempat sandar.Ini untuk mudahkan kita meneran sebab kalau dalam keadaan berbaring biasa,tenaga kita tak cukup untuk nak teran.Bila dalam keadaan belakang kita agak tegak,akan memudahkan kita meneran nanti..dalam erti kata lain kuat la sikit kita nak teran nanti.Yang keduanya,masa Dr da suruh kita teran terus teran dengan sekuat hati.Kalau boleh jangan teran tersekat-sekat dikhuatiri baby akan 'tersucked' masuk balik (maaf yer bahasa rojak)..Untuk tenaga tambahan tangan pegang atau tarik keting kita sekuat hati..Yang paling penting sekali,jangan angkat punggung untuk elakkan vagina kita terkoyak sampai ke belakang.Sangat bahaya kalau hal ni terjadi.Satu lagi ingatan,kalau kita dah rasa baby betul2 dah nak keluar jangan takut bagitau Dr yang kita nak teran.Tak semestinya kita tunggu 'Q' dari Dr untu teran OK..
So tipsnya :
  • Tinggikan tempat sandar anda.
  • Teran 'one shot ',jangan tersekat-sekat (praktis pernafasan kat rumah yer)
  • Pegang keting sekuat hati.
  • Jangan angkat punggung untuk elakkan kecederaan yang teruk.
 

Masa Terbaik Admit Hospital

Untuk sesiapa yang pertama kali pregnant,mesti tertanya-tanya bila masa sesuai untuk admit hospital untuk deliver baby kan..(same mcm Teh la)..Ape yang Teh dapat info dari Dr,masa sesuai ialah biler kita rase sakit or contraction every minutes.Untuk confirmkan adakah itu adalah sakit nak bersalin,take note setiap 5 minit sakit tu datang dengan kerap.Walaupun masa tu air ketuban belum pecah,Dr nasihatkan terus pergi hospital untuk elakkan sebarang kemungkinan buruk.Tanda seterusnya,adalah bila air ketuban tu pecah.Air ketuban ni macam air yang banyak keluar dari faraj kita,tapi tiada bau.Ada yang mengatakan air ketuban ni kadang2 keluar berselang dengan sedikit darah.Anyway untuk lebih mudah,kalau dah keluar air yang bnyak lebih kurang cam air hujan tu,teruslah anda ke hospital untuk elak baby lemas.Kalau dari segi pengalaman kawan2 & saudara yang Teh tanya,tanda2 awal anda nak deliver adalah akan rasa macam nak membuang air besar yang kerap.Hal ini kerana contraction baby akan menyebabkan usus kita ditekan.Kalau itu terjadi,so bersiap2 la untuk admit hospital Ok..  

Jangan lupa tips persediaan untuk admit hospital :
  • Rasa sakit (contraction) setiap 5 minit.
  • Air ketuban pecah.
  • Rasa sakit memulas ingin membuang air besar yang kerap. 
   

Thursday, August 9, 2012

Labor Time ..waiting

Hari nie Teh pegi checkup dengan hubby.Sangat la lamer menunggu,rupe2nyer ada orang sudah salah letak no giliran pada kad pink Teh.tak pasal2 kene bebel dengan nurse.Tapi last2 baru tau kesilapan nurse yang check buku pink kat registration counter..Anyway tak kisah la,jarang2 jadi kan.So,hari ni Dr scan my belly,baby Teh sangat aktif katenyer so its better for my baby.Dr jugak kata yang kepala baby Teh dah engage.So, anytime je Teh akan deliver.Sebak lak rasenyer biler Dr bagitau tadi.Dah tak lamer dah penantian Teh & hubby.Semoga Allah melancarkan proses bersalin Teh nanti.Amin..
 

Tuesday, August 7, 2012

Menunggu orang baru

Sedar tak sedar,dah hampir 8 bln teh pregnant.Tak sabar rasenyer menunggu kehadiran orang baru dlm keluarga Teh.Gementar pon ada jugak,sbb tak pernah melalui saat2 bersalin.Moga2 tak ada sebarang masalah during labor nnt.Walaupun jantina baby Teh x dapat dikenalpasti sbb my baby nie quite 'SHY' masa doctor scan,tapi Teh & husband just berserah pada Allah.Asalkan our baby sihat dan takde masalah yang ada during labor.Ramai orang kata bler bersalin ni sakit,tapi takkan la Allah mudah2 nak bagi syurga tu di bawah tapak kaki ibu kan..So,its a special case la.Persediaan dah dibuat untuk menunggu saat kelahiran baby kami.My hubby cukup consent about our baby's stuff.Banyak kali dia ingatkan,"Yang beg baby kena bawak g mane2,buku pink pon jgn lupe latak dlm beg"..hehe..tapi Teh selalu lupe nak bawak buku pink tu..dah kene bebel.teh decided nak bersalin kat Hospital Serdang je sebab lebih dekat dari Hospital Putrajaya.Lagipun pusat kesihatan tempat Teh buat Medcheck pon suggest bersalin kat situ je.Mane2 pon same je layanan dia kan (hopefully..)..So,for new mama ape yang perlu anda ambil perhatian semasa menunggu saat kelahiran baby anda adalah :
  1. Sediakan beg pakaian baby dan semua kelengkapan lain(baju,mandian,pampers,blanket)
  2. Sediakan beg lain yang mengandungi pakaian untuk anda balik dari hospital(kain sarung,baju,towel).
  3. Paling penting,jangan lupa bawa buku 'Pink' yang anda guna untuk Medcheck. 
  4. My mom jugak pesan jangan lupa bawa sijil nikah(bawak je la,just in case).

Thursday, February 2, 2012

Pregnant

Sedar tak sedar da dekat 3 bulan Teh & husband kawen & surprisely that i'm pregnant.Mula-mula macam tak caye jer da pregnant.Mujurlah la Nisa my friend suruh buat pregnancy test.Alhamdulillah,rezeki Allah bagi.Disebabkan ni 1st time,tak larat & letih tu biasa la for the 1st trimester.So,bagi bakal2 ibu jangan gelabah bila uols rasa penat sangat.Memang biasa la rasa nak tidur jer.tapi make sure dapatkan rehat yang mencukupi.Disebabkan rutin kerja Teh yang memerlukan Teh jalan ke sana ke mari kadang2 memang memenatkan bile tengah pregnant nie.Sekarang teh cuba untuk tak berjalan terlalu laju macam kebiasaan teh yang berjalan lebih kurang macam   ribut .haha .Sekarang kena buat kerja pelan2 sebab untuk peringkat awal ni tak boleh lasak2 k..Tapi kalau nak lasak2 lepas 3 bulan anda pregnant baru boleh..huhu

Monday, November 21, 2011

D-Day

Esok pagi teh dah kene balik Kelantan untuk majlis pernikahan teh. Semoga majlis berjalan dengan lancar. Esok pagi right in the morning,teh akan nek flight untuk balik Kelantan. Untuk short kan masa untuk travel from KL ke Kelantan.Memandangkan tarikh nikah Teh yang dijadualkan on 25th Nov telah ditukar ke 24th Nov. So masa agak suntuk untuk Teh wat last preparation. So,terpaksa redha jer dan percayakan family Teh untuk buat wedding preparation. As long as the wedding goes fine,that's it.Dah AlhamdulillahTak dapat nak bayangkan perasaan sekarang ni. ..Kelantan..here I come......


Sunday, November 20, 2011

Big Day countdown

Tak sampai seminggu lagi,Teh akan bergelar isteri kepada Asmizi. Quite nervous,but I must face it coz its gonna be the best moment ever happens to me. Teh tak nafikan la,perasaan ni tak dapat dibayangkan antara happy,takut,gementar sebab bakal menempuhi alam rumahtangga. Lepas ni teh dah tak sendiri sebab akan ditemani suami di setiap hari yang Teh tempuhi. Semoga Allah kurniakan segala limpah dan kurnia-Nya kepada keluarga kami nanti. Amin..



Friday, November 4, 2011

Wedding Shoes

Akhirnya setelah memikirkan kasut ape Teh nak pakai untuk wedding,teh telah memilih utk pakai kasut yang warnanya agak kontra daripada warna gown Teh.Rasenya, tak nampak pelik sangat kot cos Teh ada pernah tengok orang pakai kawen warna kasut dia kontra. So ni berani mati punye pilihan haha..Gown Teh warna ivory & shoes color hot pink,hopefully it will looks awesome !!!



Nie kasut Teh,harga murah jer RM69.90 Payless Shoesource,Sunway Pyramid
Ada beberapa pendapat dari blog tertentu :
"ivory is neutral n seems to match every color!! will look great with your shoes"

bells says from weddingbee


Pic resource : weddingbee



Thursday, November 3, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM


Monday, October 17, 2011

UPM 35th Convocation

Akhirnya selepas 3thn lebih study kat UPM,barulah we'alls dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer on 15th Oct 2011..memang excited coz dapat naik pentas untuk amek Ijazah dari Pro Canselor..even masa tu mmg nervous,but teh still boleh acted like natural jer haha..profesional..


In the Hall

Special pose

My fiance Asmizi

My coursemates Yana & Nora

Unknown person,Nora,Teh,Yana,Sharon & Tommy

Monday, October 10, 2011

Cincin! oh Cincin!

It was a worse day ever happened to me.Last week,I've had lost my cincin merisik. Memang i did such a stupid mistake.Actually,last week Teh balik ke Kelantan for sending my wedding application form.Just cabut balik on Friday nite,then rushed back to KL on Sunday morning naik Sani Ekspress. This situation happened while Teh bangun dari tido kat hentian Merapoh. Then dengan mamai2 went to the loo without aware of my ring.Actually mmg jari Teh agak kecik kalo nak dicomparekan dngn cincin.Mungkin disebabkan aircond yang sejuk sangat,then jari Teh jadi kecut.Masa kat dalam toilet tu,Teh ada dengar something jatuh its like a sound of coin. So,Teh just assumed that was my 10 cent in my pocket that I realize before.After that,I went back to my seat and continue my ZZZZZZ. Tetiba bila dah hampir 2 jam bas gerak ke KL,then baru Teh perasan something missing. Tengok2 kta jari rupenye cincin teh dah ilang..Nak nangis masa tu,tapi teh baru tersedar that benda yang jatuh tadi tu cincin Teh..Cepat2 teh contacted tunang teh,just to let him know that I did'nt really have any intention to lost that ring..I feel so sorry for that,sebab mmg teh yang salah tak check balik ape benda yang jatuh..Nak buat mcm mane mmg benda dah hilang..huuuuuu..sedey....waaaa

Thursday, September 22, 2011

By pass operation

Semalam memang hari yang sangat memenatkan..Memandangkan Teh masuk keje lambat,so dapatlah 'rushed' ke bank di Bangi (dalam hujan lagi tue..)Teh kene pg Bank Islam untuk sign agreement kete..nak jadikan cerita,masa sedang settle urusan agreement. Datang la sorang 'abang' ni yang ingat dia sorang jer keje/sibuk..Rasanya dia datang lewat dari Teh. So after dah sign agreement Teh kene pg ke kaunter kat bawah..masa dok dkt kaunter Urusan Car loan memang dah dengar dia dok mengomel yang dia takde masa la,itulah,inilah (bla..bla..bla)..Teh terdengar la kalau urusan dia lame lagi,just buat by 'pass operation' jer..Ape dia ingat dia tu anak datuk,Tan Sri ?..Tak payah nak amek no dan tunggu giliran. Rasenyer teh yang turun dulu nak buat urusan payment..tak lamer lepas Teh turun ke kaunter bayaran Teh nampak officer yang handle case dia yang tolong bayar kan..dah la akak tu terus ke kaunter,tu pun dah kira potong queue la..memang tak patut tol..Kelmarin lak memang ramai yang datang ke bank,so terpaksa la Teh tunggu dekat 3o minint gak la..bila sampai turn no teh dipanggil,ada pulak sorang hamba Allah ni yang macam kilat 'cross line' Teh. Mau meletop jer rasenyer teh semalam tahan marah. Abang kat kaunter pon terkejut,teh pandang dia,dia pandang Teh.



Dah la abang yang 'cross line' teh tu lak buat tak tahu jer..Cakap la sorry ke ape.Teh berdiri belakang dia dekat 5 minit,tak settle jugak urusan dia..teh pon duduk la balik dengan hati yang panas.



Wednesday, September 21, 2011

Craft Bag for Doorgift

Hari ni craft bag yang Teh tempah baru sampai.Harga untuk 500 kpg hanya RM50 + RM7 untuk kos penghantaran. Teh tempah paper bag daripada blog http://ilikecard2.blogspot.com/..Murah kan,so dah boleh jimat kat sini. So malam ni Teh dah berjaya siapkan 100 pcs paper bag utk doorgift nanti.. Teh dah siap print label untuk ditampal di paper bag tu.. Sakit pinggang ni memotong label yang banyak setimbun tu. Biarpun agak penat tapi kene siapkan jugak biarlah sikit2 pun. Bila tengok balik contoh doorgift yang dah siap, Teh agak puas hati la..nampak cute. Memang tujuan Teh nakkan wedding yang simple,cute dan santai.. Satu lagi yang paling penting "Save Our Planet"..haha..bab door gift ni tak payah nak bazir2,cuma pastikan barang yang kita nak bagi tu orang suka & enjoy dengan ape yang kita bagi.

Thank you label

Label yang dah siap dipotong


Label yang dah siap ditampal pada craft bag

Contoh craft bag dengan wool band

P/S : Gambar tak berapa cantek sebab Teh capture gune Sony Handycam..Sowii..

Credit to :
http://ilikecard2.blogspot.com


Saturday, September 17, 2011

DIY door gift

Selamat Hari Malaysia..cuti 3 hari ni memang Teh nak gunakan untuk buat preparation untuk buat door gift..Teh dah berjaya menggunting lebih kurang 400 lebih kpg bunga.Bunga nie Teh gunakan wool mix fabric.Teh beli dengan harga RM5.00 sekeping.So,Teh beli dalam 4 keping (beli ckit2 dulu kan..)Idea ni sebenarnya Teh dapat dari blog sorang Blogger nie.Tapi dah lupe la pe name blog dia..


Kat bawah nie adalah proses Teh buat DIY door gift :


1)Firstly,print ape2 bentuk yang korang nak.Macam Teh nak yang simple so Teh pilih bunga.


2)Then,gunting bunga tadi untuk tekap atas wool mix fabric tadi.


3)Lastly,gunting ikut tekapan kiter tadi..senang kan..Lepas tu just tebuk lubang untuk letak lollypop..sweet & cute..



Thursday, September 15, 2011

Pre Wedding Photoshoot

Hari Ahad lepas teh ada wat Pre weds photoshoot dkt Putrajaya. Its kind of exciting sbb nie 1st time wt photoshoot mcm tu..Sebenarnya teh tak gune profesional photographer pon. Just mintak tlg friend of mine tolong amek gambar.Tapi pic yang diambil sume cantek2.So tak semestinya kene gune photographer yang mahal2 untuk dptkan pic yang cantek kan..Sesape yang rase dia boleh edit sendiri pic tu,better just mintak tlg kwn2 rapat untk shoot kan pic.then uols le edit sendiri & lastly br anta kedai untuk wt album..Jimat kan..







Thanks to Izany Rahim & Hubby