Wednesday, September 14, 2011

Ujian Saringan HIV

Untuk bakal2 pengantin,dikehendaki menjalani ujian saringan HIV sebelum mendaftar perkahwinan.So,tadi Teh dah pg wat ujian ni. Tapi peringatan,anda semua kene buat appointment k.Kalau tak uols kene datang la skali lagi.Nanti penat jer korang pegi klinik tapi tak boleh buat test sebab dah full book..Nak jadi cerita,sebenarnya tunang Teh dah tolong daftarkan appointment Teh untuk HIV test ni.tapi dia tak dimaklumkan yang test tu hanya dijalankan pas kol 2ptg.Pagi tadi Teh pegi Klinik Kesihatan Komuniti Seri Kembangan dalam pukul 9pg.Teh tunggu lbh kurang 30min lepas amek no giliran.Bila sampai giliran Teh,nurse tu kata tak payah tunggu rupanya.Tapi ujian kene datang wat selepas kol 2ptg.So terpaksalah Teh datang sekali lagi petang tadi,maklumlah tak pernah buat.Tapi ni kira pengalaman pertama la.So uols kene prepare awal2 k.

Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwin

Prosedur membuat ujian saringan HIV :
  1. Kenalpasti klinik kerajaan yang anda mahu lakukan ujian.
  2. Telefon @ lawat sendiri untuk daftar membuat temujanji(ada hari tertentu utk buat ujian HIV).
  3. Pergi ke Klinik mengikut tarikh yang dah ditetapkan(terus ke kaunter,anda akan diberikan no giliran).
  4. Setelah ujian dibuat anda jangan terus balik,tunggu hingga keputusan ujian dikeluarkan.

Pastu anda dah boleh terus fikirkan untuk persediaan perkahwinan,tapi bagi yang +ve HIV anda akan diminta membuat ujian sekali lagi.Keputusan akan dikeluarkan selepas 2 minggu.


No comments:

Post a Comment